
thanks ya atas doanya
. Album DEWA Insya Allah rilis akhir November mendatang
coba aja kamu ke forum DEWA dah banyak tanggapan baik dari aku maupundari teman2 yg lainnya
. Kalo aku mbahas lagi masalah itu di sini terus terang aku males!! males nanggepinya!!
Di sana sudah banyak yg nanggapi masalah itu
Wawancara Eksklusif Harian Metro Malaysia dengan Dewa
BERMULA sebagai sebuah band kecil kira-kira 19 tahun lalu, Dewa kini diangkat sebagai band paling berpengaruh di Indonesia. kini Dewa melangkah dengan gagah untuk mengibarkan nama mereka di Asia dan beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Australia.
Kolaborasi mantap Ahmad Dhani selaku pemain gitar, keyboard serta vokalis, Once (vokalis utama), Andra Ramadhan (gitar utama), Yuke (Bass) dan Nugros (dram) selepas beberapa kali bertukar anggota makin mencetuskan evolusi baru dalam muzik mereka.
Seperti diwar-warkan sebelum ini, band muzik dari negara seberang ini sekali lagi menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert kedua mereka yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur malam tadi.
Persembahan mereka yang konsisten ternyata memberikan kepuasan maksimum kepada penggemar muzik mereka di negara ini.
Sempena kehadiran mereka, wartawan Metro Ahad (MA), SHAKILAWATI ABD RAHMAN mewawancara band ini mengenai perkembangan terkini, kontroversi dan permasalahan sepanjang pembabitan mereka dalam seni muzik.
MA: Setiap album Dewa menampilkan keistimewaan berbeza, baik daripada susunan muzik mahupun genre dibawa. Bagaimana pula dengan bingkisan baru Dewa, Laskar Cinta?
DEWA: Lagu yang dimuatkan di dalam Laskar Cinta lain daripada yang lain, bahkan jauh berbeza daripada lagu Dewa sebelum ini. Selain kepelbagaian unsur muzik, lagunya lebih rancak dan bertenaga. Sejujurnya, kami penggemar lagu rancak, jadi tidak hairanlah mengapa album ini memberi lebih kepuasan kepada kami.
MA: Difahamkan jualan album Laskar Cinta tidak sehebat Cintailah Cinta di Indonesia. Adakah ini bermakna baladewa (peminat setia) tidak merestui perubahan drastik yang diketengahkan menerusi album ini?
DEWA: Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana album Cintailah Cinta sudah lebih dua tahun di pasaran, sedangkan Laskar Cinta baru tujuh bulan. Tinggi atau rendah jualan bukan bermakna Laskar Cinta tidak sehebat Cintailah Cinta. Menerusi album ini, kami yakin boleh menarik lebih ramai pengikut.
MA: Khabarnya Dewa akan muncul dengan album baru tidak lama lagi.
DEWA: Betul... Insya-Allah album baru ini akan ada di pasaran sekitar November atau Disember depan. Selepas konsert di Kuala Lumpur, kami akan tumpukan perhatian pada proses rakaman sehingga Julai depan. Lagu sudah ada, cuma judul album masih di peringkat perbincangan. Jika dalam Laksar Cinta kami mengetengahkan muzik reggae, untuk album ini pula muzik Timur Tengah, blues dan klasik menjadi pilihan, selain mengekalkan konsep retro yang sememangnya kegemaran kami. Memandangkan album ini menjadi titik permulaan Dewa mengembangkan sayap ke negara Asia, kami turut memuatkan lima lagu Inggeris.
MA: Umum mengetahui lagu cinta dan ketuhanan sudah sebati dengan Dewa. Jika tidak menjadi keberatan, boleh jelaskan apa definisi cinta pada Dewa dan kenapa Dewa cukup setia dengan lirik sebegini?
DEWA: Bagi kami, cinta adalah pengorbanan. Jika tidak sanggup berkorban, itu bukan cinta namanya. Kami mengekalkan lagu berunsur cinta dan ketuhanan kerana itu yang kami tahu. Sokongan peminat menambah keyakinan kami bahawa lagu sebegini tinggi nilainya.
MA: Kewibawaan Dewa sememangnya diperakui ramai dan kerana itu aktivis seni Indonesia melabelkan Dewa sebagai Pemuzik Genius Indonesia. Adakah Dewa menerima jolokan itu?
DEWA: Kami tidak pernah tahu mengenai jolokan itu. Yang kami tahu, segelintir masyarakat di sana menggelar Dewa sebagai penyebar ajaran sesat. Jika gelaran seburuk itupun boleh kami terima, apatah lagi jolokan sehebat ini, pasti kami menerimanya dengan hati terbuka.
MA: Boleh jelaskan lebih lanjut apa puncanya sehingga dituduh penyebar ajaran sesat?
DEWA: Mungkin mereka melihat karya kami daripada perspektif negatif. Mereka seharusnya berfikir terlebih dulu sebelum melempar tuduhan. Jika benar lagu kami menyesatkan, tentu majlis ulama Indonesia akan mengambil tindakan menghalangnya daripada terus diputarkan.
Terbaru, kulit album Laskar Cinta terpaksa ditukar gara-gara golongan radikal agama menuduh kami menghina Islam kerana menyelitkan kaligrafi. Bagi kami, kulit album itu mengandungi nilai artistik yang sangat indah. Malah, majlis ulama ada bertanya mengapa kami akur dengan bantahan golongan ini kerana mereka tidak melihat apa yang kami lakukan sebagai satu kesilapan. Namun apa boleh buat, atas permintaan pihak syarikat rakaman, kami terpaksa akur.
MA: Dhani, anda mendominasi Dewa apabila lagu ciptaan anda menjadi nadi kekuatan Dewa. Justeru itu, ada yang mengklasifikasikan anda sebagai diktator. Komen anda?
DHANI: Manusia bebas berfikir apa saja mengenai orang lain. Mungkin benar saya diktator, tetapi saya tidak menyedarinya. Dan, mungkin tanggapan itu salah sama sekali dan tidak tepat dengan keperibadian sebenar saya. Namun ingin saya tegaskan di sini, apapun pandangan orang lain, ia sama sekali tidak akan mengubah keadaan Dewa. Dewa boleh diibaratkan sebagai sebuah institusi keluarga dan orang lain tidak berhak campur tangan. Apa yang Dewa putuskan itu adalah hak mutlak Dewa dan jangan pula ada yang cuba mengambil kesempatan dengan niat memporak-perandakan keharmonian Dewa.
MA: Khabarnya anda kurang disenangi kerana sombong dan angkuh.
DHANI: Apa terminologi (istilah) sombong? Bagi saya, sombong itu adalah apabila seseorang tidak mahu mengakui kebenaran, tidak mengakui kebesaran Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai nabi. Mungkin ada masanya saya kelihatan angkuh dan sombong, namun saya tidak menyedarinya. Sebagai manusia, saya tidak sempurna dan saya tidak mampu memuaskan hati semua orang.
MA: Benarkah anda keberatan membenarkan orang lain menyumbang lagu untuk Dewa?
DHANI: Kejayaan sesebuah album bergantung pada lagu. Jika ada orang boleh menghasilkan lagu yang baik dan berkualiti untuk Dewa, mengapa harus saya tolak. Jika kita menutup diri daripada pencipta lagu lain, itu bererti kita menutup diri sendiri. Dan, itu tidak mungkin saya lakukan. Untuk album akan datang, Dewa akan bekerjasama dengan beberapa pencipta lagu, termasuk Baby Romeo.
MA: Adakah ini bermakna untuk album terdahulu, belum ada pencipta lagu layak menyumbang lagu kepada Dewa?
DHANI: Ya. Belum ada yang mampu mencipta lagu yang bersesuaian dengan konsep Dewa dan kerana itulah kami lebih selesa mendendangkan lagu sendiri kerana yakin dengan kualitinya.
MA: Apa perkembangan terkini Ahmad Band?
DEWA: Sebenarnya Ahmad Band dibubarkan pada 2002. Masa saya banyak dihabiskan dengan Dewa, jadi saya tidak berpeluang menumpukan perhatian pada Ahmad Band. Saya tidak pernah ralat dengan pembubaran itu kerana Dewa adalah fokus utama saya, sementara Ahmad Band hanya projek solo.
MA: Baru-baru ini Dhani ada menyebut Dewa akan bersara ketika usia mencecah 40 tahun, justeru itu Dewa berhasrat menghasilkan lima album lagi sebelum mengucapkan selamat tinggal. Tidakkah terlalu awal untuk Dewa berundur?
DEWA: Itu hanya sasaran. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, tetapi terlaksana atau tidak sesuatu perancangan itu terletak atas keizinan-Nya Yang Maha Kuasa. Jika peminat masih memerlukan Dewa, tidak mustahil kami akan terus berkarya.
MA: Karya Dewa tidak pernah mengecewakan peminat setia. Apa rahsia atau strategi Dewa untuk terus tampil hebat?
DEWA: Kami tidak pernah ada strategi atau rahsia tertentu. Yang kami praktikkan adalah menjaga mutu produk kami dan mempertingkatkannya dari semasa ke semasa.
MA: Siapakah pemuzik dan artis Malaysia yang Dewa kagumi?
DEWA: Ramai... kami kagum dengan kehebatan Roslan Aziz. Lagu ciptaan beliau menjulang nama Sheila Majid. Kolaborasi hebat dua insan seni ini berjaya menghasilkan lagu intelek, terutama Sinaran. Kami pernah memainkan lagu itu dalam persembahan pertama kami pada 1987. Bagi kami, takhta Sheila belum layak diambil alih penyanyi lain. Selain itu, kami mengagumi Shafinaz, Siti Nurhaliza, Search, Lefthanded, Iklim dan Flop Poppy.